Wednesday, January 23, 2008



PILIHARANRAYA OH PILIHANRAYA…..MINTA APA SAJA SEMUA DAPAT

1. Cuti Thaipusam
2. KWSP isytihar dividen 5.8 peratus bagi 2007


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pembayaran dividen 5.8 peratus bagi tahun 2007.Ketika mengumumkannya, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kadar tersebut lebih tinggi daripada 5.1 peratus yang dibayar pada tahun 2006.Katanya dividen lebih tinggi itu dibantu oleh pasaran saham yang lebih kukuh dan juga kecekapan KWSP dalam mengurus dananya yang berkembang.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia adalah peningkatan yang besar. "Pasaran saham baik dan KWSP berkesan dan cekap dalam mengurus dana yang besar dan berkembang," kata Nor Mohamed kepada pemberita selepas melawat ibupejabat KWSP di Kuala Lumpur."Kita mampu mengisytiharkan dividen yang semakin tinggi sepanjang beberapa tahun. Saya anggapnya sebagai pulangan yang menarik pada 5.8 peratus," katanya.KWSP ialah dana keenam terbesar di Asia dengan jumlah peruntukan aset sebanyak RM312 bilion.

Monday, January 21, 2008


Cuti Thaipusam untuk selamatkan politik Samy Vellu? - Kit Siang


Cuti perayaan Thaipusam bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diisytihar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah jalan menyelamatkan politik Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu, dakwa Ketua Pembangkan, Lim Kit Siang.


Menurut Kit Siang, pengumuman itu hanyalah untuk menyedapkan pengundi kaum India yang sebelum ini melakukan protes ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan dakwaan didiskriminasikan.


Himpunan anjuran Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyebabkan tekanan kepada kerajaan berhubung layanan ke atas etnik tersebut sejak 50 tahun Malaysia merdeka, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Berikutan itu populariti Samy Vellu sebagai pemimpin kaum India merosot, dan tekanan ini amat dirasai kerajaan pimpinan Abdullah tatkala berhadapan pilihan raya umum, katanya.

Sunday, January 20, 2008



BONGKAR :MENANTU PM SEDANG SUSUN SENARAI CALON

PILIHANRAYA UMUM KE 12

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa menantu PM jarang mengeluarkan kenyataan akhir-akhir ini walaupun terlalu banyak isu yang biasanya akan dikomen oleh beliau. Umum mengetahui bahawa pilihanraya umum ke 12 semakin hampir. Bahangnya semakin hangat. Kemungkinan besar ianya akan diadakan pada bulan Mac 2008.

PM telah memberikan kuasa kepada menantunya untuk menyemak senarai calon pilihanraya yang dikemukakan oleh setiap Ketua Perhubungan UMNO negeri. Jika menantu luluskan, PM tidak akan membantah. PM akan bersetuju dengan apa sahaja yang diputuskan oleh menantunya.Sebab itu menantunya kini sibuk dengan temujanji-temujanji bagi tujuan untuk melobinya agar senarai calon yang dikemukakan akan mendapat "approval".

Menurut sumber yang kami perolehi, wang yang beliau perolehi bertan-tan banyaknya.Dalam menguruskan temujanji yang terlalu banyak, Reezal Merican adalah orang yang membantu menantu PM. Walaupun beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan a.k.a PM, kini beliau telah melakukan kerja-kerja sebagai Setiausaha Politik kepada Menantu PM. Sumber kami memberitahu bahawa jika Reezal yang aturkan, pasti berjaya untuk bertemu dengan menantu PM.Jadi secara tidak langsung, Reezal juga mengaut keuntungan yang besar daripada wang yang "bertan-tan" diperolehi oleh menantu PM.

Kuasa yang diberi oleh PM untuk menentukan calon pilihanraya umum ke 12 telah digunakan sebaik-baiknya oleh menantu untuk membuktikan kepada TPM bahawa beliau paling berkuasa sekarang!!!
SUWANDI DAN AZMAN DI BENAR IKAT JAMIN
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini. Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.
Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.
Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 5,000 telah berjaya dikumpulkan.Berita sebelumnyaPerhimpunan lebih 1000 orang – Pengerusi & Setiausaha BERSIH memberikan ucapanKuala Terengganu, 20 Jan – Jam 10.00pagi – Perhimpunan menyokong Suwandi & Azman serta 18 orang yang dibebaskan, semakin membesar. Sekitar jam 9.20 pagi Pengerusi BERSIH, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Setiausahanya, Dr Syed Azman Syed Ahmad hadir bersama-sama lebih 1000 orang dihadapan mahkamah
Setiausaha BERSIH, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah menyatakan bahawa BERSIH menyokong penuh dan bulat, kepada hasrat himpunan hari ini yang meminta Suwandi dan Azman di bebaskan.
“Kita berhimpun dengan satu mesej untuk disampaikan kepada pemimpin UMNO/BN bahawa musuh kita bukan polis, bukan pasukan keselamatan, tetapi musuh kita adalah pemimpin UMNO/BN” kata Syed Azman
“Tidak ada maknanya Pilihanraya akan datang diadakan, sekiranya Azman dan Suwandi yang ditembak dan hampir terkorban, dizalimi dan masih terpenjara. Adaah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita tidak mempertahankan kedua-dua orang sahabat kita Azman dan Suwandi” ujarnya lagi.
Sekitar jam 9.30 pagi pasukan peguam Suwandi, Azman dan 18 yang lain di ketuai oleh Sdr Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, masuk ke mahkamah.
Kehadiran pada hari ini adalah kehadiran yang paling ramai. Turut serta adalah pimpinan PAS negeri Terengganu, Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.
Solat Hajat Ketiga di depan Mahkamah – lebih 400 mengadu kepada Allah SWT


Sunday, 20 January 2008
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.00 pagi – Lebih 400 dari 1500 orang yang hadir selesaimenunaikan solat hajat di hadapan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 10.30 pagi.
Solat hajat yang di imamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik.
Persidangan mahkamah bagi perbicaraan Azman dan Suwandi, mangsa tembakan peluru hidup polis dalam Insiden Batu Burok September tahun lalu bermula jam 10.00 pagi. Selain dari Azman dan Suwandi, nasib 18 orang yang diruduh menghadiri ‘perhimpunan haram’ juga ditentukan hari ini.
Ia menjadi satu kes sejarah kerana kes mangsa-mangsa Insiden Batu Burok ini telah didakwa oleh peguam negara, Tan Sri Ghani Patail sendiri. Ini memperlihatkan betapa kerajaan UMNO/BN mahu menjadikan kes ini sebagai modal politik ‘bankrap’ UMNO/BN.
Memandangkan pilihanraya umum ke 12 yang semakin hampir, negara di warnai dengan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan dan kelemahan pemimpin nombor satu didalam menangani masalah rasuah, penyelewengan kuasa dan kenaikkan harga barang. Kerajaan tidak mampu untuk menangkis segala serangan parti-parti pembangkang yang semakin mengasak.
Justeru itu, UMNO/BN telah menjadikan isu Insiden Batu Burok sebagai modal untuk memburukkan imej PAS. Keadaan ini jelas, apabila Timbalan Perdana Menteri, terus terang menuduh PAS didalam ucapannya minggu lepas di Bukit Payong Terengganu.

GENDANG PILIHANRAYA SEMAKIN BERBUNYI……



Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 lebih awal dari yang dijangkakan pelbagai pihak berikutan arahan terbaru yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad kepada pemimpin Umno semalam, kata Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.
Menurut Husam, akhir tahun lalu banyak pihak meramalkan Perdana Menteri akan mengadakan pilihan raya umum akhir Mac 2008 dan dengan jangkaan itu PAS merasakan tempohnya antara empat atau lima minggu dari sekarang.
Namun, arahan terkini Setiausaha Agung Umno supaya pemimpinnya tidak keluar negara dalam masa terdekat memberi 'singnal' pilihan raya umum akan diadakan lebih awal, kata Husam hari ini ketika ditemui dalam satu program pilihan raya di Taman Melewar.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd Radzi yang disiarkan akhbar arus perdana hari ini mengenai arahan terbaru supaya pemimpin Umno tidak ke luar negara dalam masa terdekat.
Radzi dalam laporan akhbar itu juga menyebut, arahan dikuatkuasakan serta-merta bagi memastikan semua pemimpin dan ahli parti menumpukan persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Katanya, pekeliling mengenai larangan itu diedarkan semalam kepada semua 191 bahagian Umno di seluruh negara.
"Pemimpin parti negeri, bahagian serta cawangan diminta memastikan semua ahli Umno tidak ke luar negara pada masa ini.
"Jika hendak buat kursus menjelang pilihan raya, buat dalam negara sahaja," katanya.
Radzi yang juga Setiausaha Agung BN turut berkata, Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Isnin (21 Januari) ini bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Mengulas lanjut Husam berkata, Perdana Menteri terpaksa mengadakan pilihan raya umum segera bukan kerana merasakan BN dalam keadaan yang cukup kuat.
Sebaliknya, ia terpaksa diadakan kerana prestasi BN yang semakin lemah, terdesak dan dilingkari pelbagai isu selain terdesak dengan tarikh tamatnya sekatan politik ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim pada April ini.
Kata Husam lagi, rakyat kini telah melihat kelemahan pentadbiran Perdana Menteri yang hanya tahu bercakap berbanding menunaikan apa yang dijanjikan.
Kelemahan ini berpunca dari keangkuhan BN setelah diberi mandat terlalu besar pada pilihan raya umum yang lalu, katanya.
PAS dan pakatan Barisan Alternatif (BA) katanya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum sekalipun diadakan lebih awal dari yang dijangkakan. Justeru beliau menyarankan kepada rakyat supaya bangkit bagi mengurangkan keangkuhan BN dalam pilihan raya akan datang

Saturday, January 19, 2008


PERAK BAKAL BERTUKAR NAKHODA


MENTERI Besar Perak, Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali dikhabarkan akan diganti oleh muka baru dalam selepas pilihanraya umum ke 12 ini. Sumber memberitahu, khabar tersebut bertiup kencang di kalangan pimpinan Umno perak sehinggakan wujud kumpulan melobi untuk mencari penganti Tajol Rosli.
Tajol yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1999, 'kononnya' akan digantikan dengan seorang exco pendidikan Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang pernah terlibat dengan sebuah NGO Islam terkemuka ABIM.
Selain itu, Zamrry yang diketahui umum merupakan pengikut setia Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah ditahan beberapa ketika menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman reformasi memuncak berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Bagaimanapun menurut sumber, masalah dengan penggantian Tajol adalah pihak Istana kurang bersetuju dengan nama yang dicadangkan tersebut sehinggakan wujud beberapa nama lain sebagai sandaran.
"Tapi hampir pasti Tajol akan digantikan, dan barangkali akan dibawa ke Pusat," kata sumber terbabit.Sementara itu, Utusan hari ini melaporkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan kesediaannya untuk dilantik sebagai menteri Pusat selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti memutuskan sedemikian.
“Saya hanya seorang pekerja parti yang sanggup memberikan perkhidmatan dan sekiranya saya disuruh bertanding untuk kerusi Parlimen, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri.
“Tetapi setakat ini saya tak tahu, tetapi saya akan ikut dan bersedia bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sedemikian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini.
Idris diminta mengulas desas- desus yang bertiup kencang kononnya beliau akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang bagi membolehkannya dilantik sebagai menteri Pusat.
Khabar angin itu timbul ekoran kebolehan dan keupayaan Idris dalam memaju dan membangunkan negeri semenjak menerajui negeri ini empat tahun lepas mengagumkan banyak pihak.
Idris juga dikatakan mempunyai hubungan intim dengan pucuk tertinggi pimpinan parti khususnya Perdana Menteri.
Idris dilantik menjadi Menteri Besar selepas memenangi kerusi DUN Jertih dan memimpin Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum 2004.Sumber difahamkan antara calon yang disebut-sebut menggantikan Idris adalah Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh yang kini berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Wan Farid merupakan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu.

Friday, January 18, 2008

Apex: Universiti perlu bebas dari cengkaman politik

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - "Tiada gunanya memiliki universiti yang hebat, tetapi mahasiswanya suram dan tidak berjiwa rakyat," demikian kenyataan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily, beliau menekankan mengenai elemen yang perlu diambil kira oleh kerajaan bagi mencapai taraf universiti Apex.
"Pemuda PAS berharap agar Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) dapat mengambil kira soal kebebasan ahli-ahli akademik dalam membuat penyelidikan dalam semua aspek, termasuk kebebasan mereka memberikan pandangan terhadap isu-isu negara dan menerbitkan karya-karya mereka,"jelasnya.
Tambahnya, kebebasan mahasiswa juga harus menjadi pengukur dalam melahirkan universiti Apex kerana universiti adalah tempat melahirkan bakal pemimpin dlam semua bidang dan mahasiswanya harus dibenarkan untuk bergiat cergas dalam semua aktiviti yang mencetuskan inovasi.
"Namun hari ini, campur tangan politik begitu luas sehingga mahasiswa terkongkong dengan teruk," katanya.
Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan bahawa untuk melahirkan penyelidik atau ahli akademik bertaraf dunia yang berupaya mencapai taraf Nobel Laurete, kerajaan perlu menerima hakikat bahawa ahli akademik dan universiti tidak boleh dijadikan tempat pengukuhan pengaruh politik pemerintah.
Justeru, beliau menyarankan agar kerajaan membebaskan semua universiti daripada campur tangan politik yang selama ini membantutkan perkembangan akademik.
Pada masa yang sama, Salahuddin menyatakan bahawa Malaysia pernah memiliki ahli akademik bertaraf dunia seperti Sasterawan Negara, Prof Shahnon Ahmad yang pernah disebut sebagai calon Anugerah Nobel.
"Malangnya, orang-orang hebat ini tidak berpeluang mengembangkan pencapaian mereka di universiti Malaysia kerana permainan politik kerajaan Umno-BN ekoran sikap mereka yang tidak profesional terhadap dasar BN," katanya lagi.
Malaysia pernah berbangga kerana Universiti Malaya disenaraikan sebagai universiti ke-89 terbaik dunia oleh THES Ranking pada 2004, tetapi oleh kerana terdapat terlalu banyak politiking, pencapaiannya mulai merosot dengan teruk.
Walau apapun, Pemuda PAS ujarnya menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mewujudkan Universiti Apex sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. - mks.