SUWANDI DAN AZMAN DI BENAR IKAT JAMIN
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini. Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.
Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.
Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 5,000 telah berjaya dikumpulkan.Berita sebelumnyaPerhimpunan lebih 1000 orang – Pengerusi & Setiausaha BERSIH memberikan ucapanKuala Terengganu, 20 Jan – Jam 10.00pagi – Perhimpunan menyokong Suwandi & Azman serta 18 orang yang dibebaskan, semakin membesar. Sekitar jam 9.20 pagi Pengerusi BERSIH, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Setiausahanya, Dr Syed Azman Syed Ahmad hadir bersama-sama lebih 1000 orang dihadapan mahkamah
Setiausaha BERSIH, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah menyatakan bahawa BERSIH menyokong penuh dan bulat, kepada hasrat himpunan hari ini yang meminta Suwandi dan Azman di bebaskan.
“Kita berhimpun dengan satu mesej untuk disampaikan kepada pemimpin UMNO/BN bahawa musuh kita bukan polis, bukan pasukan keselamatan, tetapi musuh kita adalah pemimpin UMNO/BN” kata Syed Azman
“Tidak ada maknanya Pilihanraya akan datang diadakan, sekiranya Azman dan Suwandi yang ditembak dan hampir terkorban, dizalimi dan masih terpenjara. Adaah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita tidak mempertahankan kedua-dua orang sahabat kita Azman dan Suwandi” ujarnya lagi.
Sekitar jam 9.30 pagi pasukan peguam Suwandi, Azman dan 18 yang lain di ketuai oleh Sdr Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, masuk ke mahkamah.
Kehadiran pada hari ini adalah kehadiran yang paling ramai. Turut serta adalah pimpinan PAS negeri Terengganu, Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.
Solat Hajat Ketiga di depan Mahkamah – lebih 400 mengadu kepada Allah SWT
Sunday, 20 January 2008
Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.00 pagi – Lebih 400 dari 1500 orang yang hadir selesaimenunaikan solat hajat di hadapan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 10.30 pagi.
Solat hajat yang di imamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik.
Persidangan mahkamah bagi perbicaraan Azman dan Suwandi, mangsa tembakan peluru hidup polis dalam Insiden Batu Burok September tahun lalu bermula jam 10.00 pagi. Selain dari Azman dan Suwandi, nasib 18 orang yang diruduh menghadiri ‘perhimpunan haram’ juga ditentukan hari ini.
Ia menjadi satu kes sejarah kerana kes mangsa-mangsa Insiden Batu Burok ini telah didakwa oleh peguam negara, Tan Sri Ghani Patail sendiri. Ini memperlihatkan betapa kerajaan UMNO/BN mahu menjadikan kes ini sebagai modal politik ‘bankrap’ UMNO/BN.
Memandangkan pilihanraya umum ke 12 yang semakin hampir, negara di warnai dengan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan dan kelemahan pemimpin nombor satu didalam menangani masalah rasuah, penyelewengan kuasa dan kenaikkan harga barang. Kerajaan tidak mampu untuk menangkis segala serangan parti-parti pembangkang yang semakin mengasak.
Justeru itu, UMNO/BN telah menjadikan isu Insiden Batu Burok sebagai modal untuk memburukkan imej PAS. Keadaan ini jelas, apabila Timbalan Perdana Menteri, terus terang menuduh PAS didalam ucapannya minggu lepas di Bukit Payong Terengganu.